Isnin, 26 Julai 2010

Jawabnya ada Pada Takdir

Takdir merungkai jawapan kepada konflik yang tercipta. Cikgu Sawi, Ustazah Siti, Cikgu Faisal dan Cikgu Hanifah antara watak yang memberi warna. Cinta ada di dalam warna; cinta adalah emosi terkuat dalam diri manusia.

"Jurus narasi novel ini memikat pembaca dengan pelbagai wajah manusia yang geram, marah, riang, gundah juga menyisip humor. Bancuhan rasa ini dihimpun dengan tarikan lenggok penyampaian Maskiah yang mengesankan."
- Dr. Mawar Shafei
(Ketua Program Kesusasteraan Melayu, UKM)

Judul : Jawabnya ada Pada Takdir
Penulis : Maskiah Hj. Masrom
Harga : RM 28.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu

Ayahku Olong Nan


Olong Nan yang hidup sendirian setelah kematian isteri, terpaksa akur dengan ketiadaan dua orang anaknya yang sudah dewasa. Anak perempuannya Hanum telah berumah tangga dan pergi mengikut suaminya ke kota. Zaki pula menghilangkan diri kerana merajuk. Olong Nan sedar, kelopak kedamaiannya kian teruji oleh masa yang berlalu. Dia membangunkan kebun kekeluargaannya dengan cara hidup di kampung semakin diburu rasa bersalah. Terutama terhadap anaknya Zaki. Dia berasa bersalah kerana selama ini dia berat sebelah dalam memberikan kasih sayang terhadap kedua-dua anaknya itu Olong nan sedar. dia tidak dapat membetulkan kehidupannya yang lalu. Bagaimanapun dia masih menaruh harapan agar kedua-dua anaknya kembali ke kampung halamannya. Apakah kedua-dua anaknya tahu bahawa ayahnya Olong Nan menyimpan harapan itu?


Judul : Ayahku Olong Nan
Penulis : Muhd. Mansur Abdullah
Harga : RM 30.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu.

Misteri Keladi Bunting

Ah Meng dan Rajan bersahabat baik. Mereka terlibat dengan projek sekolah iaitu menghiasi kolam sekolah yang baru dibina. Mereka diminta mencari pokok keladi bunting. Dalam pencarian pokok keladi bunting itu, mereka meminta bantuan Abang Johan penuntut tahun akhir sebuah universiti tempatan. Namun, lain yang dicari, lain pula yang ditemui. Lain pula dugaan yang dihadapi. Yang ditemui pula adalah rahsia bagi sekumpulan orang. Apakah rahsia itu? Dapatkah mereka mencari keladi bunting untuk menghiasi kolam baru di sekolah mereka?
Judul : Misteri Keladi Bunting
Penulis : Mohd. Kasim Mahmud
Harga : RM19.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu

Si Kembang Desa


Keluarga menjadi tonggak penting dalam kehidupan. Bapa, emak, abang, kakak dan adik merupakan sepohon keluarga yang redup dan rimbun. Gagah berdiri akarnya mencengkam bumi. Pucuknya menjulang ke langit terbuka. Bila matahari menumpah sinarnya, terbentuklah bebayang di bawahnya. Berkisar tentang Hajar, gadis kampung yang mengutamakan keluarga dalam dirinya; maruah dan nama baik keluarga sentiasa dijaga. Namun, dalam dirinya juga bersarang pertanyaan tentang siapakah ibu kandungnya? Sewaktu pencarian rindu kepada ibu itu, Azza sering mengganggu dan menyakiti hatinya. Siapakah pula Azza? Mengapa dia berkelakuan begitu?


Judul : Si Kembang Desa
Penulis : Hasidah Disan
Harga : RM20.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu.