Isnin, 3 Ogos 2009

Kidung Akarku


Menghimpunkan enam buah puisi, enam buah cerpen, dua buah esei dan kritikan sastera, sebuah drama radio dan tiga buah karya penulis remaja (bawah 19 tahun). Kesemua karya merupakan penerima Hadiah Sastera Darul Ta'zim Keenam (HSDT VI) anjuran Yayasan Warisan Johor.
Judul : Kidung Akarku
Penyelenggara : Zam Ismail dan W.B.Rendra
Harga : RM 25.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd.

Sejernih Kasih Setulus Kemaaafan

Mardiah gadis kampung yang dipelihara oleh neneknya, terdidik dengan kehalusan nilai-nilai tradisi dan agama, tiba-tiba mengalami kejutan budaya apabila kembali hidup bersama ibu-bapa dan keluarganya di bandar. Mampukah Mardiah menghadapinya? Sebagai seorang wanita yang sedang meningkat remaja apakah Mardiah mudah dibuai dan leka dengan kehidupan mewah itu?

Judul : Sejernih Kasih Setulus Kemaafan
Penulis : Saadiah Hj. Ibrahim
Harga : RM26.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu.

Relasi

Relasi mentafsir erti sahabat. 'sesungguhnya setiap mu'min itu bersaudara' menjadi kata kunci kepada novel ini. Novel terbitan dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu ini, menampilkan persoalan tentang persahabatan, hubungan, keikhlasan, kemurniaan hati, salah faham, dendam, sengketa dan cinta.

Judul : Relasi
Penulis : Hilal Asyraf
Harga : RM 27.00 (termasuk pos)

Badai Hujung Tanah

Novel sejarah Johor yang berlatarkan zaman kesultanan Sultan Muzafar Shah berkerajaan di Bukit Seluyut. Bagaimana baginda menggunakan kebijaksaan akal baginda dalam menahan terjahan musuh-musuh kerajaan Hujung Tanah. Novel terbitan dengan kerjasama MPH ini merupakan pemenang tempat kedua di dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Kedua 2007.
Judul : Badai Hujung Tanah
Penulis : Mohd. Kasim Mahmud
Harga : RM 20.00 (termasuk pos)

Isnin, 2 Februari 2009

Mukadimah

Alhamdulilah, blog ini hadir untuk mengisi dan menyebar-luaskan buku terbitan YWJ Citra. Buku-buku kami lebih kepada teras sejarah & budaya Negeri Johor.