Sabtu, 10 September 2011

Pemenang Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2010

Tiara itu mahkota, pesona itu ibarat sihir. Manusia berbalah lantaran terpesona dengan kilauan tiara yang mewah dan gah. Tiara Pesona bermula dengan penderitaan Megat Seri Rama yang tidur di kuburan isterinya Wan Anum, setelah isterinya dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah II gara-gara seulas nangka. Demi membalas dendam ke atas kematian isteri dan anaknya, Megat Seri Rama merancang pembunuhan sultan yang kejam itu sehingga tercetus huru hara menyebabkan kemangkatan Sultan Mahmud.

Kesultanan Johor diteruskan oleh Raja Kecil yang berusaha merebut Johor. Pelbagai rintangan dihadapinya namun baginda terus mempertahankan kemandirian kerabatnya hingga ke hujung hayat. Hasrat baginda untuk menjadikan Johor aman makmur sesudah dapat dimilikinya, hingga tragedi tiba.

Siapakah Raja Kecil sebenarnya? Seorang manusia yang sarat dengan hitam putih sifat kemanusiaan. Seorang yang dipertikaikan namun kewujudannya dibuktikan dalam catatan sejarah….dan adakah sejarah akan berulang?

Novel ini telah memenangi tempat pertama Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2010.

Penulis : Rahimah Muda
ISBN : 978-967-5361-07-4
Jumlah halaman : 471 mukasurat
Harga pasaran : RM24.60


Apakah kejayaan akan terbukti di sebalik setiap kegagalan? Setelah maruah sebuah negara dipersenda, dikecewa dan diketawa oleh seteru; apakah sebagai seorang pejuang pembela negara dia akan berdiam diri menjadi persis busut serangga? Apakah sebagai seorang Laksamana yang mengalir dalam darah seluruh galur dakar, dia akan hanya membisu menjadi lelaki perkasa cuma pada nama? Tidak!

Dia telah bersumpah dan berjanji, lengkara tergamak dikhianati. "Sungguh! Aku bersumpah demi Johor tanah airku, dan akan aku kembalikan maruahmu Johor dan bangsa di puncak segala cerlang!"

Perjuangan Paduka Raja Tun Abdul Jamil direstui Raja Ibrahim Syah I. Gabungan ini menjadi lambang serta manifestasi sebuah kerajaan sohor; Kerajaan Johor di bawah naungan Sultan Ibrahim Syah I - Sultan Johor ke IX - mempelopori serta mengungguli sebuah kegemilangan luar biasa kerajaan dalam kuasa ekonomi, politik dan legasi perdagangan maritim merangkumi Johor-Pahang-Riau-Lingga di dalam sebuah novel sejarah, EMPAYAR IX.

*******************************
"Belum pernah ada orang lain seperti beliau (Paduka Raja Tun Abdul Jamil) yang bertanggungjawab menjadikan kerajaan Johor sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan yang disegani di alam Melayu dalam kurun ketujuh belas."

Leonard Y.Andaya
Kegemilangan Johor, Kerajaan Johor 1641 - 1728, DBP 1987.


Novel ini telah memenangi tempat ketiga Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2010.

Penulis : W.B. Rendra
ISBN : 978-967-5361-07-4
Jumlah halaman : 250 mukasurat
Harga pasaran : RM20.40

Isnin, 5 September 2011

Koleksi Sukaneka Kanak-kanak dan Umum

Menghimpunkan sejumlah panduan sukaneka yang menjadi pilihan setiap acara keluarga, syarikat, semua peringkat sekolah dan organisasi. Dengan cara penyampaian yang mudah difahami dan pratikal, buku ini mesti dimiliki. Anda tidak perlu tercari-cari atau tertanya-tanya bagaimana format mengacarakan sukaneka; buku ini menjawab segala rahsia serta formula sukaneka.

Penulis : Ibrahim A. Wahab
ISBN : 978-967-5361-00-5
Jumlah halaman : 139 mukasurat
Harga pasaran : RM25.50
Harga termasuk penghantaran : RM30.00

Isnin, 26 Julai 2010

Jawabnya ada Pada Takdir

Takdir merungkai jawapan kepada konflik yang tercipta. Cikgu Sawi, Ustazah Siti, Cikgu Faisal dan Cikgu Hanifah antara watak yang memberi warna. Cinta ada di dalam warna; cinta adalah emosi terkuat dalam diri manusia.

"Jurus narasi novel ini memikat pembaca dengan pelbagai wajah manusia yang geram, marah, riang, gundah juga menyisip humor. Bancuhan rasa ini dihimpun dengan tarikan lenggok penyampaian Maskiah yang mengesankan."
- Dr. Mawar Shafei
(Ketua Program Kesusasteraan Melayu, UKM)

Judul : Jawabnya ada Pada Takdir
Penulis : Maskiah Hj. Masrom
Harga : RM 28.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu

Ayahku Olong Nan


Olong Nan yang hidup sendirian setelah kematian isteri, terpaksa akur dengan ketiadaan dua orang anaknya yang sudah dewasa. Anak perempuannya Hanum telah berumah tangga dan pergi mengikut suaminya ke kota. Zaki pula menghilangkan diri kerana merajuk. Olong Nan sedar, kelopak kedamaiannya kian teruji oleh masa yang berlalu. Dia membangunkan kebun kekeluargaannya dengan cara hidup di kampung semakin diburu rasa bersalah. Terutama terhadap anaknya Zaki. Dia berasa bersalah kerana selama ini dia berat sebelah dalam memberikan kasih sayang terhadap kedua-dua anaknya itu Olong nan sedar. dia tidak dapat membetulkan kehidupannya yang lalu. Bagaimanapun dia masih menaruh harapan agar kedua-dua anaknya kembali ke kampung halamannya. Apakah kedua-dua anaknya tahu bahawa ayahnya Olong Nan menyimpan harapan itu?


Judul : Ayahku Olong Nan
Penulis : Muhd. Mansur Abdullah
Harga : RM 30.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu.

Misteri Keladi Bunting

Ah Meng dan Rajan bersahabat baik. Mereka terlibat dengan projek sekolah iaitu menghiasi kolam sekolah yang baru dibina. Mereka diminta mencari pokok keladi bunting. Dalam pencarian pokok keladi bunting itu, mereka meminta bantuan Abang Johan penuntut tahun akhir sebuah universiti tempatan. Namun, lain yang dicari, lain pula yang ditemui. Lain pula dugaan yang dihadapi. Yang ditemui pula adalah rahsia bagi sekumpulan orang. Apakah rahsia itu? Dapatkah mereka mencari keladi bunting untuk menghiasi kolam baru di sekolah mereka?
Judul : Misteri Keladi Bunting
Penulis : Mohd. Kasim Mahmud
Harga : RM19.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu

Si Kembang Desa


Keluarga menjadi tonggak penting dalam kehidupan. Bapa, emak, abang, kakak dan adik merupakan sepohon keluarga yang redup dan rimbun. Gagah berdiri akarnya mencengkam bumi. Pucuknya menjulang ke langit terbuka. Bila matahari menumpah sinarnya, terbentuklah bebayang di bawahnya. Berkisar tentang Hajar, gadis kampung yang mengutamakan keluarga dalam dirinya; maruah dan nama baik keluarga sentiasa dijaga. Namun, dalam dirinya juga bersarang pertanyaan tentang siapakah ibu kandungnya? Sewaktu pencarian rindu kepada ibu itu, Azza sering mengganggu dan menyakiti hatinya. Siapakah pula Azza? Mengapa dia berkelakuan begitu?


Judul : Si Kembang Desa
Penulis : Hasidah Disan
Harga : RM20.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu.

Isnin, 3 Ogos 2009

Kidung Akarku


Menghimpunkan enam buah puisi, enam buah cerpen, dua buah esei dan kritikan sastera, sebuah drama radio dan tiga buah karya penulis remaja (bawah 19 tahun). Kesemua karya merupakan penerima Hadiah Sastera Darul Ta'zim Keenam (HSDT VI) anjuran Yayasan Warisan Johor.
Judul : Kidung Akarku
Penyelenggara : Zam Ismail dan W.B.Rendra
Harga : RM 25.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd.

Sejernih Kasih Setulus Kemaaafan

Mardiah gadis kampung yang dipelihara oleh neneknya, terdidik dengan kehalusan nilai-nilai tradisi dan agama, tiba-tiba mengalami kejutan budaya apabila kembali hidup bersama ibu-bapa dan keluarganya di bandar. Mampukah Mardiah menghadapinya? Sebagai seorang wanita yang sedang meningkat remaja apakah Mardiah mudah dibuai dan leka dengan kehidupan mewah itu?

Judul : Sejernih Kasih Setulus Kemaafan
Penulis : Saadiah Hj. Ibrahim
Harga : RM26.00 (termasuk pos)
Penerbit : YWJ Citra dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu.

Relasi

Relasi mentafsir erti sahabat. 'sesungguhnya setiap mu'min itu bersaudara' menjadi kata kunci kepada novel ini. Novel terbitan dengan kerjasama Warisan Teras Ilmu ini, menampilkan persoalan tentang persahabatan, hubungan, keikhlasan, kemurniaan hati, salah faham, dendam, sengketa dan cinta.

Judul : Relasi
Penulis : Hilal Asyraf
Harga : RM 27.00 (termasuk pos)

Badai Hujung Tanah

Novel sejarah Johor yang berlatarkan zaman kesultanan Sultan Muzafar Shah berkerajaan di Bukit Seluyut. Bagaimana baginda menggunakan kebijaksaan akal baginda dalam menahan terjahan musuh-musuh kerajaan Hujung Tanah. Novel terbitan dengan kerjasama MPH ini merupakan pemenang tempat kedua di dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Kedua 2007.
Judul : Badai Hujung Tanah
Penulis : Mohd. Kasim Mahmud
Harga : RM 20.00 (termasuk pos)

Isnin, 2 Februari 2009

Mukadimah

Alhamdulilah, blog ini hadir untuk mengisi dan menyebar-luaskan buku terbitan YWJ Citra. Buku-buku kami lebih kepada teras sejarah & budaya Negeri Johor.